SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK BUKIT CHINA

PANGKALAN DATA MURID SEKOLAH MALAYSIA (APDM)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU KELAS Semua murid telah naik tahun / tingkatan secara automatik oleh sistem APDM. Guru kelas hanya perlu kemaskini kelas murid (sekiranya berubah). Enrolmen dan maklumat murid bagi sesi persekolahan 2014 perlu dikemaskini sebelum 15 Januari 2014 untuk keperluan pentaksiran (SAPS, SPPBS dan pendaftaran UPSR) dan bantuan murid. Mulai 1 Januari 2013, Murid-murid tahun 1 yang telah mendaftar menggunakan edaftar rendah dan edaftar menengah APDM hanya perlu dikemaskini kelas oleh Administrator APDM sekolah. Guru kelas hanya perlu mendaftar murid baru yang tiada dalam senarai. Aplikasi akan di tutup setiap hari pada pukul 12:00 AM hingga 12:15 AM setiap hari bagi tujuan penyelenggaraan

Takwim Bulan Jun & Julai


Bil
Perkara
Tarikh
Hari/
Masa
1.
Cuti Pertengahan Tahun
25 Mei 2013
-
9 Jun 2013
16 hari
2.
Cuti Sempena 1 Ramadhan

1 hari
3.
Peperiksaan Percubaan UPSR
16 Jul 2013
-
18 Jul 2013
3 hari
4.
Ujian Bulanan 2
23 Jul 2013
-
25 Jul 2013
3 hari

       
 2. UJIAN BULANAN 2
· Ujian Bulanan 2 akan berlangsung pada 23 Jul 2013 hingga 25 Jul 2013.
· Murid - murid perlu mengulangkaji pelajaran dan bersiap sedia menghadapi ujian ini.

3. PENINGKATAN AKADEMIK
· Program peningkatan akademik berjalan seperti biasa mengikut jadual yang ditetapkan.
· a) 7.00 am - 7.20 am setiap hari : Aktiviti membaca
· b) 7.20 am - 7.30 am setiap hari (kecuali hari Jumaat) -
             Program Pemantapan Akademik bagi matapelajaran berikut :-
                > SN - Isnin          >BM - Selasa
                >MT - Rabu          >BI - Khamis
       
 4. PENANGGUHAN SUKAN SEKOLAH
· Pesta Sukan Tahunan sekolah terpaksa ditangguhkan selepas peperiksaan UPSR kerana masalah jerebu yang telah berlaku baru - baru ini.
· Tarikh sebenar akan dimaklumkan kemudian.


5. IHYA RAMADHAN
· Bersempena ketibaan bulan Ramadhan Al - Mubarak, sumbangan berikut adalah amat dialu - alukan :

                                > Tabung Fakir Miskin (wang tunai)
                                > Telekung
                                > Sejadah
                                > Al - Quran
                                > Ayat - ayat Al Quran

· Segala bentuk sumbangan boleh berurusan terus di pejabat.

6. PERSEDIAAN CERIA MERDEKA
· Sebagai menyambut ketibaan Hari Kemerdekaan, pihak sekolah berbesar hati memohon sumbangan berikut :

                                > Bendera Malaysia  /  Negeri Melaka
                                > Gambar - gambar patriotik  

· Segala bentuk sumbangan boleh berurusan terus di pejabat.

7. PROJEK AMAL POLITEKNIK KASIH & PEND. KHAS
· Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga Politeknik Kota Melaka  diatas sumbangan Projek Amal kepada Program Pendidikan Khas SK Bukit China.
· Majlis Penyerahan telah berlangsung pada 20 Jun 2013 dengan dirasmikan oleh YB Datuk Md. Yunus B. Hussin, Pengerusi Jawatankuasa Negeri   
        Pelajaran Pengajian Tinggi Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan
        Inovasi.


Takwim Bulan April & Mei


Bil
Perkara
Tarikh
Hari/
Masa
1.
Cuti umum sempena Sambutan Hari Melaka Bandaraya Bersejarah
15 April 2013
Isnin
2.
Cuti Sempena Hari Pekerja
1 Mei 2013
Rabu
3.
Hari Guru
16 Mei 2013
Khamis
4.
PKSR 1 (Tahun 4, 5 dan 6)
7 Mei 2013
-
13 Mei 2013
Isnin
-
Jumaat
5.
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
20 Mei 2013
Isnin
6.
Cuti Sempena Hari Wesak
24 Mei 2013
Jumaat
7.
Cuti Pertengahan Tahun
25 Mei 2013
-
9 Jun 2013
16 hari


2. PKSR 1 (Tahun 4,5 dan 6)
· PKSR 1 akan berlangsung pada 7 Mei 2013 hingga 13 mei 2013.
· Semua murid perlu bersiap sedia untuk menghadapi PKSR 1 ini.

3. PENINGKATAN AKADEMIK
· Program peningkatan akademik berjalan seperti biasa mengikut jadual yang ditetapkan.
· a) 7.00 am - 7.20 am setiap hari : Aktiviti membaca
· b) 7.20 am - 7.30 am setiap hari (kecuali hari Jumaat) -
             Program Pemantapan Akademik bagi matapelajaran berikut :-
                > SN - Isnin          >BM - Selasa
                >MT - Rabu          >BI - Khamis